WELLINGTON – Kerajaan New Zealand berkata ia akan memotong cukai eksais bahan api sebanyak NZ$0.25 dan mengurangkan separuh tambang pengangkutan awam untuk tempoh tiga bulan bagi membantu mengimbangkan kenaikan harga bahan api.
Kerajaan berkata, ia juga akan mengurangkan kos penggunaan bahan api sebanyak NZ$0.25.
Menurutnya, adalah dianggarkan perubahan itu akan mengurangkan kos mengisi 40 liter petrol lebih daripada NZ$11 dan untuk tangki bersaiz 60 liter pengurangan kos lebih daripada NZ$17. – Reuters
(https://www.channelnewsasia.com/business/new-zealand-reduce-fuel-excise-duty-2562361)