Wang kertas ruble. foto Reuters

MOSCOW – Kementerian kewangan Rusia hari ini meluluskan prosedur sementara untuk membayar balik hutang mata wang asing, tetapi memberi amaran pembayaran akan dibuat dalam matawang ruble jika sekatan yang dikenakan menghalang bank membayar hutang dalam mata wang terbitan.

Sekatan barat ke atas peristiwa di Ukraine telah memutuskan Rusia daripada menjadi sebahagian penting pasaran kewangan global, mencetuskan krisis ekonomi terburuk sejak kejatuhan Kesatuan Soviet pada 1991.

”Dakwaan bahawa Rusia tidak dapat memenuhi obligasi hutang kerajaannya adalah tidak benar. Kami memiliki dana yang cukup,” kata Menteri Kewangan, Anton Siluanov dalam satu kenyataan.

Kerajaan Rusia dijangka membayar AS$117 juta pada dua bon denominasi dolarnya pada hari Rabu.

Kementerian itu berkata, ia telah meluluskan prosedur sementara untuk membenarkan bank membuat pembayaran dalam mata wang asing, tetapi kemungkinan pembayaran itu dilakukan bergantung kepada sekatan.

Beberapa bank Rusia telah dilarang daripada rangkaian pembayaran antarabangsa SWIFT, sekali gus menghalang usaha untuk memindahkan wang ke luar Rusia.

Jika pembayaran tidak dapat dilakukan, kementerian itu berkata, ia akan membuat pembayaran balik Eurobond dalam ruble, yang bermakna obligasi itu sukar dipenuhi.

Ruble telah menjunam ke paras terendah dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

“Pembekuan bank pusat dan akaun mata wang asing kerajaan boleh dilihat sebagai satu usaha daripada beberapa negara barat untuk menghalang Rusia daripada melunaskan pembayaran,” kata Siluanov. – Financial Times (https://www.ft.com/content/299c95ec-8c01-472e-99ec-feeb1a4b2c66)

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast