SHAH ALAM – Dua guru yang mana salah seorang daripadanya merupakan guru besar ditahan reman selama empat hari selepas dipercayai menerima rasuah sebanyak RM182,060 untuk projek naik taraf 27 bangunan Sekolah Rendah Agama (SRA).

Perintah reman yang bermula hari ini dikeluarkan oleh Majistret Mohamed Redza Azhar Rezali selepas membenarkan permohonan reman daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pagi tadi.

Guru besar yang berusia 50 tahun dan guru wanita berumur 46 tahun itu bertugas di SRA yang sama.

Terdahulu, kedua-dua suspek berkenaan ditahan di Ibu Pejabat SPRM Selangor pada Isnin.

Sementara itu, seorang Inspektor polis berusia 30-an turut direman empat hari, bermula hari ini.

Lelaki berkenaan dipercayai menerima rasuah sebanyak RM13,000 daripada seorang individu agar tidak meneruskan siasatan dan melepaskan individu berkenaan yang melakukan kesalahan cabul terhadap seorang wanita pada Jun tahun 2020. -MalaysiaGazette

1 Komen

  1. INI CONTOH ANTARA DUA DARJAT / KLUSTER KAYANGAN

    ORANG AWAM YANG BARU DITUDUH SUDAH DBAJULOKAPKAN DAN BERGARI OLEH SPRM

    NAJIB MASA DITUDUHH TIDAK BERGARI DAN sudah DIJATUHKAN HUKUMAN BEBAS MERAYAU RAYAU
    BEGITU JUGA ZAHID HAMIDI/ ISA SAMAD/ AZEEZ RAHIM/ AHMAD MASLAN dan yang berkenaan

Comments are closed.