Pekerja kontraktor melakukan kerja-kerja persiapan sempena Perhimpunan Agung Umno 2021, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lmpur (WTCKL). Foto MUHD NA'IM, 15 MAC 2022.

JOHOR BAHRU – Perwakilan Johor dijangka tidak akan mengambil bahagian dalam sebarang perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO yang bermula esok di Kuala Lumpur, susulan pelantikan Menteri Besar Johor yang baharu.

Difahamkan dalam pertemuan bersama pemimpin-pemimpin UMNO Johor termasuk ketua-ketua bahagian di kediaman rasmi Menteri Besar di Saujana malam tadi, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Hasni Mohammad telah meminta agar ahli UMNO tidak memanjangkan isu berkenaan.

“Sebaliknya, beliau (Hasni) berjiwa besar. Beliau juga tidak mahu perkara ini dibesar-besarkan,” kata sumber kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut sumber itu lagi, Hasni juga mahu menghalang usaha segelintir perwakilan UMNO Johor yang mahu menolak pelantikan Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Menteri Besar Johor ke-19.

Difahamkan, perjumpaan di Saujana semalam bermula seawal pukul 9 malam dan berakhir kira-kira pukul 3 pagi, dengan mereka yang hadir menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Hasni.

Onn Hafiz, 43, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Machap, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar ke-19 di Istana Bukit Serene petang ini, mengambil alih jawatan itu daripada Hasni.

Sebelum ini, Hasni telah dinamakan sebagai calon tunggal Menteri Besar oleh Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pada PRN Sabtu lepas, BN memperoleh mandat besar iaitu 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, sekali gus mempunyai kedudukan selesa membentuk kerajaan negeri.

Bagaimanapun, selepas tiga hari kemenangan BN dirai, tiada petunjuk jelas sama ada Hasni akan kembali menerajui kerajaan negeri, sehingga muncul khabar angin mengaitkan nama Onn Hafiz dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dengan jawatan itu.- BERNAMA

1 Komen

  1. .inilah perangai kamu juga Sharir dan puak2 umNONGOK…dari ZAHID dan sebahagian MT jadi MUNAFIK KERANA MENIPU DAN MUNGKIR JANJI….berkata ZAHID /AHMAD MASLAN/TOK MAT….tiada yang akan dinamakan selain HASNI calon tunggal bakal MB JOHOR
    hANYA BERITA PALSU kami nak lantik FUAD
    rakyat sebelum ni sudah kenali KETUA MUNAFIK NEGARA DAN NOMBOR2 EKOR…akhirnya virus ini merebak pada Parti RASUAH NEGARA umNO

    TAHNIAH PADAN MUKA mereka yang masih bersubahat menyokong mengundi PERASUAH2 terutama dalam prn johor…..sebab RASUAH bukanlah DOSA dan MUNGKAR MAKSIAT dikalangan umNONGOK…malah ia SANGAT SUCI dan diPERLUKAN…..MALU APA BOSSKU

    UNTUK MENJAGA KEMALUAN…..ZAHID MUNAFIK yg belajar dari ANWARFIKUN DAN MT2 umNONGOK AKAN BERI ALASAN kehendak SULTAN….

    APALAGI FUAD BERANI DILETAKAN DUN RENGIT BERBANDING TEMPAT ASALNYA PENGGARAM.yang terus diungguli DAPIGS….

    .RASUAH RASUAH PUJAAN HATI umNOngok dan penyokong tegar TOTOK
    lihatlah nanti masa PAU mereka semua akan BERLAGAK HERO2 TAMIL untuk bangsa dan negara

    ingat MENIPU ingat umNO….NIKMATI AIR KENCING HANCING mereka

Comments are closed.