Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak bercakap kepada media selepas Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AFFAN FAUZI, 16 MAC 2022.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak mahu melihat mood Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 terlebih dahulu sebelum bersetuju Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan dalam masa terdekat.

“Kita tengok dulu mood persidangan yang bakal diadakan pada hari esok dan lusa” kata Ahli Parlimen Pekan dan bekas Perdana Menteri itu.

Beliau ditemui semasa hadir pada Majlis Perasmian Serentak Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan di sini malam ini.

Apa pun, kata Najib, sebarang keputusan kena dibuat berdasarkan kepentingan semua pihak.

“Yang penting sekarang ni, apa-apa pun keputusannya, ia mesti berdasarkan kepentingan parti dan negara,” katanya. –MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast