Datuk Mahfuz Omar. Sheraton Move party hopping anti-party hopping dewan rakyat parliament
Mahfuz Omar

KUALA LUMPUR – UMNO digesa supaya tidak membincangkan isu untuk mempercepatkan Pilihan Raya Umum (PRU) pada persidangan agungnya yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, sempena kehadiran bulan puasa, parti itu sepatutnya membincangkan bagaimana hendak menyambut bulan Ramadan.

“Hari ini riuh rendah di PWTC ialah untuk mempercepatkan proses pembubaran Parlimen dan ini sudah macam mereka mahu merampas kuasa Yang di-Pertuan Agong. Membincang di PWTC isu untuk mempercepatkan pembubaran Parlimen.

“Sedangkan kita hendak berhadapan kestabilan politik. Kita mahu kestbilan politik itu wujud.

“Saya fikir menjelang Ramadan pada minggu hadapan ini, saya fikir tidak sepatutnya di PWTC mereka membincangkan soal bubar Parlimen. Kita seharusnya bincang soal macam-mana nak sambut Ramadan,” katanya.

Ahli Parlimen daripada Amanah itu mendakwa tindakan UMNO membincangkan pembubaran Parlimen seolah-olah mahu mengambil tugas Yang di-Pertuan Agong.

“Ini yang sepatutnya tapi malang, saya setuju dengan Perdana Menteri bahawa jangan rampas kuasa raja. Tapi Timbalan Presiden UMNO macam hendak merampas kuasa Yang di-Pertuan Agong.

“Jadi saya sedih. PM jangan dilayan mereka yang terkiai-kiai nak nak perdana menteri ini,” kata Mahfuz.

Beliau mencelah pada sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja yang dilakukan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Pada ketika itu Mas Ermieyanti sedang menyentuh isu memorandum persefahaman yang dilakukan antara kerajaan dan Pakatan Harapan.

Bagaimanapun kenyataan yang dilontarkan oleh Mahfuz itu mengundang kemarahan Ahli Parlimen Machang (BN) Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

“Ini adalah satu dakwaan yang terlalu tidak berasas yang telah dilemparkan oleh Pokok Besar. Dalam parti yang cukup besar seperti UMNO ini, sudah tentu ada kepelbagaian pendapat tetapi ia bukan bererti dimuktamadkan dan diputuskan.

“Kalau Pokok Sena ingin tahu, UMNO ini parti besar jika hendak dibandingkan Amanah tidak boleh. Kalau sudah duduk dalam perahu yang kecil tetapi tidak pernah duduk dalam perahu yang besar itu beza.

“Jadi bagi saya yang akan menentukan adalah perhimpunan agung dan sebahagian ahli-ahli Parlimen, pemimpin dalam UMNO senang tak ada masalah dengan yang amat berhormat Bera sebagai PM. Dakwaan kata kita solah-olah ambil kerja Agong ini terlalu tidak berasas. Ini adalah tuduhan yang melampau,” kata Ahmad Jazlan.

Tambahnya, bukan semua perwakilan membangkitkan mengenai isu pilihan raya umum.

Sementara  Mas Ermieyati yakin Perdana Menteri Datuk Seri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak akan melanggar perjanjian yang dilakukan dengan Pakatan Harapan dengan mengadakan pilihan raya lebih awal. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast