Calon Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP, Lim Guan Eng bersama Anthony Loke Siew Fook dan Gobind Singh Deo bergambar bersama pada Kongres ke-17 Parti Tindakan Demokratik di IDCC, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 20 MAC 2022.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook dipilih sebagai Setiausaha Agung DAP yang baharu bagi penggal 2022 hingga 2025.

Dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang berlangsung hari ini, Loke berada pada kedudukan ketiga daripada 30 calon yang mendapat undi tertinggi.

Sementara Lim Guan Eng yang terpaksa melepaskan jawatan Setiausaha Agung DAP hari ini dipilih sebagai Pengerusi DAP yang baharu.

Dalam pengumuman yang dibuat sebentar tadi, Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo yang mendapat undi tertinggi iaitu 1,782 pula terpilih sebagai Timbalan Pengerusi DAP. Sama seperti jawatannya yang lalu.

Lim Kit Siang yang mengumumkan bersara daripada politik hari ini pula diumumkan sebagai penasihat parti.

Dalam pada itu Nga Kor Ming, Chow Kon Yeow, Chong Cheing Jen, M. Kulasegaran dan Teresa Kok dipilih sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan.

Liew Chin Tong dipilih sebagai Timbalan Setiausaha Agong. Dua lagi anggota yang tidak berada dalam 30 calon menerima undi yang tinggi turut dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Agung iaitu V. Sivakumar dan Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.

Senarai Penuh Jawatankuasa Tertinggi Parti DAP 2022-2025

Pengerusi Kebangsaan: Lim Guan Eng

Timbalan Pengerusi Kebangsaan: Gobind Singh Deo

Naib Pengerusi Kebangsaan: Nga Kor Ming, Chow Kon Yeow, Chong Chieng Jen, M Kulasegaran, Teresa Kok Suh Sim

Setiausaha Agung: Loke Siew Fook

Timbalan Setiausaha Agong: Liew Chin Tong, Sivakumar Varatharaju Naidu (co-opted), Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji (co-opted)

Bendahari Kebangsaan: Fong Kui Lun

Penolong Bendahari Kebangsaan: Ng Sze Han

Setiausaha Organisasi Kebangsaan: Sim Chee Keong

Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan Ng Suee Lim, Khoo Poay Tiong (co-opted)

Setiausaha Publisiti Kebangsaan: Teo Nie Ching

Penolong Setiausaha Publicity Kebangsaan: Yeoh Tseow Suan, Ganabatirau A/L Veraman (co-opted)

Setiausaha Antarabangsa: Jannie Lasimbang

Penolong Setiausaha Antarabangsa: Kasthuriraani A/P Patto

Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan: Wong Kah Woh

Penolong Pengarah Politik Kebangsaan: Wong Shu Qi

Ahli Jawatankuasa: Tan Kok Wai, Lim Lip Eng, Lim Hui Ying, Alice Lau Kiong Yieng, Chan Foong Hin, Liu Tian Khiew, Tan Hong Pin, Young Syefura Binti Othman, Teo Kok Seong, Su Keong Siong, Wu Him Ven, Syahredzan bin Johan (co-opted)

Mentor Parti: Lim Kit Siang
Penasihat: Tan Kok Wai
Ketua Parlimen: Nga Kor Ming. – MalaysiaGazette