Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 85 kes kematian akibat jangkitan Covid-19 direkodkan semalam dengan 23 kes kematian berlaku di luar hospital.

Sehingga lewat malam tadi, sejumlah 34,329 kes kematian direkodkan di Malaysia.

Johor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 18 kes, diikuti Perak (17), Selangor (15), Kedah (10) dan Pulau Pinang sebanyak lima kes.

Manakala Melaka dan Pahang pula masing-masing empat kes, Kelantan (3); Kuala Lumpur (3); Sabah (2) dan Sarawak (2) serta masing-masing satu kes di Terengganu dan di Putrajaya.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga memaklumkan, sebanyak 22,341 kes Covid-19 dilaporkan sehingga tengah malam tadi dengan 524 daripadanya merupakan kes import.

Sebanyak 7,164 kes dirawat di hospital dengan 390 kes di unit rawatan rapi.

Daripada jumlah itu sebanyak 219 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes jangkitan Covid-19 di negara ini kini mencecah 3,942,392. – MalaysiaGazette