Gobind Singh Deo

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo mendapat undi tertinggi dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, hari ini.

Seramai 93 calon bertanding dengan hanya 30 terpilih bagi CEC yang baharu.

Bekas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang terpaksa melepaskan jawatan tersebut selepas memegang menjawat itu selama tiga penggal menduduki tempat kelapan dengan 1,311 undi.

Tempat kedua tertinggi adalah Chow Kon Yeow yang mendapat 1,641 undi dan Anthony Loke memperoleh 1,625 undi.

Turut tersenarai adalah Nga Kor Ming (1,262), M. Kulasegaran (1,226), Lip Lim Eng (1,156) Chong Cheing Jen (1,154), Teo Nie Ching (1,071), Ronnie Liu ( 1,070) dan Liew Chin Tong (1,008).

Sementara itu Young Syefura Othman merupakan satu-satunya calon Melayu yang terpilih ke CEC DAP dengan undi 991. Ahli Dewan Undangan Negeri Ketari itu menduduki tempat ke-24.

Seramai 10 calon Melayu bertanding jawatan CEC termasuk Abdul Aziz Bari, Abdul Aziz Isa Marindo, Azaha Abdul Rani Mohammad Basar Umar, Sheikh Umar Bagharib Ali, Syahredzan Johan, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, Wan Hamidi Hamid dan Zairil Khir Johari.

Pemilihan jawatan tertinggi termasuk Setiausaha Agung akan dipilih antara 30 calon terbabit dan akan diumumkan malam ini.

Senarai penuh CEC DAP yang terpilih:

1. Gobind Singh Deo (1,782)
2. Chow Kon Yeow (1,641)
3. Anthony Loke Siew Fook (1,625)
4. Teresa Kok Suh Sim (1,373)
5. Hannah Yeoh (1,346)
6. Fong Kui Lun (1,341)
7. Steven Sim (1,340)
8. Lim Guan Eng (1,311)
9. Ng Sze Han (1,282)
10. Ng Suee Lim (1,279)
11. Tan Kok Wai (1,263)
12. Nga Kor Mingn (1,226)
13. M. Kulasegaran (1,226)
14. Lim Lip Eng (1,156)
15. Lim Hui Ying (1,155)
16. Chong Cheing Jen ( 1,154)
17. Alice Lau Kiong Yieng (1,119)
18. Chan Foong Hin ( 1,101)
19. Teo Nie Ching ( 1,071)
20. Ronnie Liu (1,070)
21. Wong Kah Woh (1,069)
22. Liew Chin Tong (1,008)
23. Tan Hong Pin (992)
24. Young Syefura Othman (991)
25. Kasthuriraani Patto (978)
26. Teo Kok Seong (976)
27. Thomas Su Keong Siong (953)
28. Vincent Wu Him Ven (950)
29. Wong Shui Qi (939)
30. Jannie Lasimbang (877)- MalaysiaGazette