Former Advisor of DAP, Lim Kit Siang party mentor Covid-19 positive
Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Parti Mentor DAP, Lim Kit Siang disahkan positif Covid-19.

Setiausaha Politik Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu, Syahredzan Johan mengesahkan perkara tersebut dalam satu kenyataan.

Menurut Syahredzan, Kit Siang disahkan positif hasil ujian Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR) yang dilakukan di Parlimen.

“Beliau sekarang dalam tempoh kuarantin mengikut protokol-protokol kuarantin.

“Beliau sudah divaksinasi dan mendapatkan suntikan dos penggalak, dan setakat ini beliau hanya mengalami gejala ringan seperti batuk,” katanya.

Untuk rekod, Kit Siang menghadiri Kongres Kebangsaan Ke-17 DAP di Shah Alam semalam.

Selain lebih 4,000 perwakilan kongres tahunan itu turut dihadiri pemimpin parti komponen Pakatan Harapan yang lain termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast