Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penyerahan Projek Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Serantau Batu Berendam kepada Indah Water Konsortium Sdn Bhd di Melaka hari ini.

MELAKA – UMNO dibidas agar tidak mencampuri urusan parti lain termasuk melabelkan Pas dengan perkataan yang disifatkan keterlaluan.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kenyataan Pas dianggap ‘Tiga Jahanam’ terhadap pemimpin Pas yang dilemparkan UMNO Kelantan tidak boleh diterima sama sekali.

“Saya menolak kenyataan tersebut (yang) saya anggap melampau, kita (sepatutnya) hormati hak parti-parti politik tak boleh kita label, kita letak istilah-istilah.

“Bagi saya itu hak parti Pas dan parti lain tak perlu campur, tak perlu kita label yang begitu yang saya rasa tidak begitu manis, budaya orang Melayu pun saya rasa tidak tepat,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penyerahan Projek Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Serantau Batu Berendam kepada Indah Water Konsortium Sdn Bhd di sini hari ini.

Hadir sama, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka, Datuk Zaidi Atan.

Sabtu lalu, Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Zawawi Othman menegaskan UMNO Kelantan menolak kerjasama dengan Pas selagi terdapat tiga pemimpin parti berkenaan yang disifatkannya sebagai ‘Tiga Jahanam’ yang bermulut jahat.

Tiga pemimpin Pas dimaksudkan adalah Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan Pengarah Pilihan Raya Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebagai perwakilan UMNO Kelantan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Yeap..melampau..tapi kalau PAS label parti lain dgn mcm2 kata nista tak apa..yg tu halal! haaaa

  2. RASUAH RASUAH PUJAAN HATI umNOngok dan penyokong tegar TOTOK
    lihatlah nanti masa PAU mereka semua akan BERLAGAK HERO2 TAMIL untuk bangsa dan negara

    YANG MELAMPAU umNONGOK….diskriminasi tukar royalti pada wang EHSAN malahan menyekat dan sengaja meninggalkan hutang yg banyak di kelantan era 90an ….Alhamdulillah selesai dengan jimat cermat dan infak ahli2 dan semua YB potong gaji elaun atas nama Tabung serambi mekah
    dan MELAMPAUUUU dalam kes PEMBUNUHAN MEMALI sehingga sekarang tidak selesai dan didakwa
    ingat MENIPU ingat umNO….NIKMATI AIR KENCING HANCING mereka

Comments are closed.