Dewan Rakyat
Mohamed Hanipa Maidin

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin dalam tidak sedar telah menghina masyarakat Jakun ketika berbahas usul Rang Undang-Undang meminda Perlembagaan Persekutuan bagi Perkara 119 A berkisar mengenai pilihan raya.

Dalam perbahasan itu, beliau menyamakan masyarakat Jakun dengan sebahagian rakyat Malaysia yang masih tidak faham dengan roh perlembagaan.

“Itu sebenarnya rasional kenapa ada peruntukan mengenai pilihan raya ini, tetapi oleh kerana di Malaysia ini ada orang-orang Jakun, yang masih tidak faham lagi mengenai spirit perlembagaan ini mereka tidak ada masalah.

“Contohnya, Padang Rengas (Datuk Seri Mohd Nazri Aziz) mengatakan, dalam amalan demokrasi, kalau sesuatu usul itu ditolak sepatutnya kita pergi kepada rakyat untuk pilihan raya,” katanya.

Beliau kemudian meminta maaf kepada masyarakat Jakun dengan ucapannya itu dan menjelaskan, tidak ada niat untuk menghina mereka.

“Saya kata Jakun tadi tu bukan nak menghina, saya nak kata perbuatan orang yang bagi saya… okeylah, saya guna kartun lah (nak samakan mereka yang rampas kerajaan)

“Saya tarik balik dan minta maaf pada orang Jakun, saya tiada niat untuk menghina mereka,” kata beliau. – MalaysiaGazette