Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad

KUANTAN- Jabatan Pendakwaan Syariah Pahang terus memainkan peranan besar untuk membantu rakyat negeri ini mendapatkan keadilan berkaitan perundangan syariah.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, kerajaan negeri percaya jabatan tersebut berpotensi berkhidmat dengan cemerlang.

“Kerajaan negeri menaruh harapan Jabatan Pendakwaan Syariah Pahang dapat menjalankan tugasnya secara lebih agresif dan berkesan.

“Kita tahu kepentingan jabatan ini yang  berperanan besar untuk membantu rakyat negeri ini mendapatkan keadilan berkaitan bidang syariah.

“Dulunya, Jabatan Pendakwaan Syariah Pahang hanyalah satu unit di bawah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), tetapi menyedari pentingnya masyarakat negeri ini mendapatkan keadilan dengan cepat dan berkesan, maka kerajaan negeri mewujudkan jabatan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi selepas Majlis Pengenalan dan Pelancaran Logo Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Pahang malam tadi juga dihadiri Pengarah Jabatan Pendakwaan Syariah Pahang, Abu Kassim Pilus.

Tambah Syed Ibrar, berdasarkan pertambahan penduduk, maka keperluan dan tuntutan berkaitan bidang syariah juga bertambah dalam kalangan masyarakat Islam.

Justeru kewujudan jabatan tersebut memberi makna besar kepada rakyat Pahang dan pengenalan logo baharu yang mempunyai pelbagai makna memberi impak kepada organisasi itu.

“Logo baharu yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong ini mampu menampakkan keberadaan Jabatan Pendakwaan Syariah Pahang kepada masyarakat,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast