Sultan Ibrahim Iskandar perkenan menerima senarai barisan Exco baharu Johor daripada Datuk Onn Hafiz Ghazi.

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar perkenan majlis angkat sumpah ahli-ahli Exco yang baharu dibuat pada Sabtu ini.

Perkara itu dinyatakan sendiri Menteri Besar,Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi hantaran  ringkas di Facebooknya hari ini.

Majlis itu akan diadakan di Balai Mengadap Istana Bukit Serene namun masa tidak dimaklumkan.

”“Daulat Tuanku. Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim titah perkenan Majlis Angkat Sumpah Ahli-ahli Exco akan diadakan pada Sabtu (26 Mac) di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene.

“Menjunjung Kasih Tuanku. Allah Peliharakan Sultan,” katanya. – MalaysiaGazette