Gambar Hiasan. Foto HAZROL ZAINAL, 12 APRIL 2021.

KUALA LUMPUR – Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa umat Islam seluruh Malaysia adalah pada petang Jumaat, 1 April 2022.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dalam kenyataan berkata, tempat melihat anak bulan Ramadan dilakukan di 29 lokasi seluruh negara.

Menurutnya, Majlis Raja-raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Permulaan Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan mengisytiharkan tarikh permulaan puasa pada malam itu menerusi Radio dan Televisyen Malaysia. – MalaysiaGazette