Seorang usahawan wanita berusia 29 tahun rugi RM25,000 setelah terlibat dalan sindiket pelaburan dikatakan patuh syariah menerusi media sosial dalam kejadian di Kuantan pada Jumaat lalu.- Gambar hiasan.

KUANTAN – Seorang usahawan wanita berusia 29 tahun rugi RM25,000 setelah terlibat dalan sindiket pelaburan dikatakan patuh syariah menerusi media sosial dalam kejadian di Kuantan pada Jumaat lalu.

Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa dijanjikan keuntungan berjumlah 60 peratus dari modal pelaburan.

“Pengadu telah berminat dan telah memasukkan maklumat diri serta maklumat perbankan pada link yang diberi. Pengadu telah membuat lima kali transaksi pemindahan wang ke dalam tiga akaun yang berbeza berjumlah RM25,000,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Bagaimanapun selepas pemindahan wang selesai dilakukan pengadu masih belum menerima keuntungan yang dijanjikan serta suspek masih meminta pengadu memasukan wang lagi.

Pengadu akhirnya berasa tertipu dalam hal itu dan mengalami kerugian sejumlah RM25,000 lalu ke balai polis membuat laporan.

Mohd Wazir berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Beliau menasihati agar semua pelabur lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan pelbagai teknik scam yang digunakan masa kini boleh mengakibatkan kerugian. – MalaysiaGazette