Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang menyaksikan majlis menandatangani 51 kontrak dan tiga perjanjian persefahaman yang melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM4.6 bilion pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) ke-17 dan Pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2022 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 30 MAC 2022.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan hari ini memeterai 54 kontrak dan Memorandum Persefahaman (MoU) pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia dan Perkhidmatan Kebangsaan Keselamatan Asia (DSA-NATSEC) 2022.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hadir menyaksikan majlis menandatangani dokumen kontrak, MoU dan penyerahan Surat penerimaan (LOA) dan Surat Niat (LOI) berjumlah RM4.6 bilion oleh kementeriannya yang berlangsung di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini.

“Saya bangga untuk melaporkan bahawa sebanyak 54 kontrak dan MoU ditandatangani membabitkan bernilai RM4.6 bilion untuk Kementerian Pertahanan dengan jayanya dalam DSA NATSEC 2022 kali ini.

“Daripada pecahan 54 kontrak itu, 20 daripadanya membabitkan Surat Penerimaan bernilai RM 1.14 billion, 24 kontrak bernilai RM 3.32 billion diikuti tujuh Surat Niat bernilai RM 152.79 juta dan tiga lagi membabitkan MoU.

“Tambahan pula, saya juga mahu menekankan mengenai perolehan tiga aset baharu untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya pada sidang media.

Hadir pada majlis Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang.

Tambah beliau, untuk ATM aset-aset yang dipersetujui adalah Kenderaan Pengangkut Berperisai (APC) yang akan dihantar kepada Batalion Malaysia (MALBATT) 850 di Lubnan diikuti 155milimeter Meriam Kendiri (Self-Propelled Howitzers), Jambatan Sokongan Logistik Rejimen Askar Jurutera Diraja, Trak 3 Tan GS Cargo mobiliti dan Logistik dan Senjata Ringan Anti Kereta Kebal (LAW) Anti Structure untuk Pasukan Gerak Khas.

Katanya, bagi Tentera Laut Diraja Malaysia, aset-aset baharu yang sedang dalam proses adalah tiga helikopter utiliti AW139 buatan Itali, tiga unit Kapal Pesisir Pantai (LMS) untuk kumpulan kedua yang akan dilengkapi dengan sistem senjata lebih berkeupayaan untuk menyokong empat lagi 4 LMS yang dirancang untuk tahun.

“Sebagai tambahan, 13 Bot Pemintas Laju (FIC) juga dalam proses perolehan oleh Kementerian Pertahanan.

“Bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebanyak 36 Pesawat Pejuang Ringan dan Pesawat Latihan Lanjut FLIT-LCA) akan diperolehi dalam dua fasa membabitkan 18 pesawat setiap fasa yang akan menggantikan MiG-29N/UB dan Pesawat BAE HAWK 108/208 serta Aermacchi (MB-339CM),” ujarnya.

Sebagai tambahan katanya, Kementerian Pertahanan merancang untuk memperolehi tiga radar pertahanan udara jarak jauh (LORAD) dan Radar Pertahanan Udara jarak sederhana (MERAD); Pesawat Pemantau Tanpa Pemandu (UAS); Medium Altitude Long Endurance Unmanned Aerial Surveillance (MALE-UAS) and Maritime Patrol Aircrafts (MPA).

Di bawah Inisiatif Keselamatan Maritim (MSI), tiga pesawat jenis CN235-220M dalam proses dinaiktaraf untuk operasi pemantauan maritim yang berupaya mengendalikan risikan, pemantauan dan tinjauan,” katanya. – MalaysiaGazette