Foto The Mirror.

LONDON – Bekas penyerang sensasi Manchester United dan Real Madrid, Ruud van Nistelrooy dilantik sebagai pengendali baharu kelab Belanda PSV Eindhoven, lapor The Guardian.

Dia menggantikan Roger Schmidt yang tidak memperbaharui kontraknya.

Van Nistelrooy sebelum ini melatih skuad bawah 19 dan 21 tahun PSV sejak tiga musim lalu selepas bersara daripada bermain pada tahun 2012 bersama Malaga di La Liga.

“Memang impian saya untuk menjadi ketua jurulatih di PSV. Ini adalah saat terbaik untuk mengambil langkah seterusnya,” kata Nistelrooy.

Van Nistelrooy telah meledak 62 gol dalam 67 perlawanan untuk PSV dari tahun 1998 hingga 2001.

Dia yang berusia 45 tahun turut meledak 35 gol dalam 70 penampilannya untuk Belanda, menyertai barisan kejurulatihan Belanda di bawah Frank de Boer ketika Euro 2020.

Dia juga mempunyai pengalaman sebagai penolong jurulatih skuad kebangsaan Belanda dari tahun 2014 hingga 2016.

PSV kini di tangga kedua di belakang Ajax dalam saingan Liga Belanda. – MalaysiaGazette
https://www.theguardian.com/football/2022/mar/30/ruud-van-nistelrooy-named-as-new-head-coach-of-psv-from-next-season

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast