Rohingya detainees at large
Home Minister Datuk Seri Hamzah Zainudin. Foto MUHD NA'IM, 01 APRIL 2022.

PETALING JAYA – Perjumpaan antara dua bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, perlu diterima dengan baik oleh rakyat.

Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, rakyat perlu melihat perjumpaan itu sebagai satu usaha untuk menyatukan silaturahim.

“Kalau ada perjumpaan itu merupakan sesuatu perjumpaan yang baik silaturahim di antara pemimpin dalam negara kita, sepatutnya kita terima dengan baik.

“Rakyat tidak mahu melihat banyak sangat perpecahan di kalangan pemimpin yang ada, jadi pemimpin lama dan pemimpin baru siapa sahaja mahu duduk bincang permasahalan negara sepatutnya kita berikan thumbs up kepada mereka semua,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke kilang pembuatan pasport antarabangsa Malaysia, di sini, hari ini.

Terdahulu, Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mendedahkan Muhyiddin menemuinya baru-baru ini bagi meminta sokongan untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi.

Bagaimanapun, Dr Mahathir tertanya-tanya sebab Ahli Parlimen Pagoh itu bertindak sedemikian.

Sebelum ini, Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilapor berkata, Muhyiddin mengadakan pertemuan bersama Dr Mahathir bagi mengemukakan cadangan gabungan parti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mukhriz berkata, perjumpaan itu berlangsung kira-kira dua minggu lalu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. – MalaysiaGazette