Najib Razak Rafizi Ramli subsidies subsidy economics formula
Najib dan Rafizi.

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bersedia untuk berdebat secara terbuka dengan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Saya setuju untuk berdebat dengan Najib, kalau mana-mana pihak nak jemput saya berdebat boleh cuma masalahnya saya yakin Najib tidak akan setuju.

“Masuk mahkamah pun dia tak tahu semua, jadi sebaiknya kalau Najib betul-betul yakin beliau tidak bersalah dan yakin pimpinan terbaik untuk negara ini jadi siapalah saya tanpa jawatan politik dan sepatutnya dia sudi berdebat sahaja,” katanya dalam temubual khas SkopMG berjudul Saya Kembali Demi Rakyat semalam.

Rafizi berkata demikian mengulas sama ada beliau sedia untuk berdebat dengan Najib selepas ‘perang’ kedua-dua mereka di media sosial sebelum ini.

Dalam pada itu, Rafizi berharap agar Najib sudi untuk berdebat denganya merungkai isu-isu ketika pentadbiran dan selepas pentadbiran Najib.

“Saya sangat alu-alukan kalau Najib sanggup untuk berhadapan kembali menjawab isu kerana sepanjang saya dalam Parlimen dalam tempoh lima tahun lalu, malah ucapan saya tidak pernah sentuh orang lain, hanya Najib seorang.

“Saya sentuh Najib kerana amanah penting itu diberikan kepada beliau tapi beliau tidak pernah jawab dan tidak pernah hadir, jadi sekarang dia sudah tidak jadi Perdana Menteri sebaiknya dia patut hadir mana-mana jemputan untuk berdebat,” katanya lagi.

Terdahulu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor juga pernah mencabar Najib untuk berdebat dengannya mengenai isu Felda.

Najib menyahut cabaran debat Mohamed Azmin secara sindiran dengan menyatakan wajah Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) itu ‘kabur’. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Tentu Najib kata BUkan taraf . Bekas PM layak sama taraf PM juga . KAlau dengan orang awam jatuhkan taraf PM nyA . Oleh itu Najib tentu tolak tepi .

  2. Kalau najib debat dgn Tun Mahathir kaa…dgn Muhyidin kaa..baru lah betul..sama2 bekas PM..ko tu siapa Rafizi? Sedar diri laaa..paling tidak jd Presiden PKR kaa… boleh gak dipertimbangkan…tak payah lah ko nak menumpang populariti Najib utk dapatkan undi dlm pemilihan PKR…loya tekak aku…

  3. mcm mana kalau tajuk tu kita tukar kepada, ” formula formula rafizi dalam kempen pru14 yg tak pernah terlaksana” antaranya minyak turin rm1. 50, mansuh ptptn, harga brg turun, mansuh tol dan lain2. ok??

Comments are closed.