Rabbani dilantik sebagai Gogopreneur yang merupakan sebuah program keusahawanan anjuran Gogopasar.

KUALA LUMPUR – Rezeki kumpulan nasyid popular, Rabbani terus bertambah pada Ramadan ini apabila dilantik sebagai usahawan e-dagang Gogopreneur.

Gogoprenuer adalah sebuah program keusahawanan anjuran aplikasi Gogopasar yang boleh meningkatkan kemahiran komuniti dalam bidang e-dagang dan pemasaran digital.

Menurut salah seorang anggota Rabbani, Azadan Abdul Aziz, 47, pelantikan Rabbani sebagai usahawan yang dikenali sebagai Gogopreneur ini secara tidak langsung menggalakkan masyarakat bangkit semula menjana pendapatan.

“Dengan menjadi Gogopreneur, masyarakat boleh meningkatkan taraf hidup, lebih-lebih lagi mereka yang terkesan dalam pandemik Covid-19.

“Gogopasar juga menyediakan ‘latihan dalam talian’ secara virtual kepada individu-individu yang mendaftar sebagai Gogopreneur.

“Pada masa yang sama, ini memberi kesan yang positif kepada masyarakat dengan menggalakkan orang ramai, terutama sekali golongan asnaf dalam menjana pendapatan melalui perniagaan dalam talian tanpa perbelanjaan modal.

“Jadi, kami mewakili selebriti menggalakkan lebih ramai orang untuk mendaftar dan menghadiri latihan Gogopreneur bagi meningkatkan kemahiran diri dalam keusahawanan e-dagang.

“Selaku Gogopreneur, saya yakin ini adalah platfom terbaik untuk rakan niaga dan pengguna kerana ianya mudah dan selamat tanpa perlu menyimpan barang-barang. Perniagaan juga amat digalakkan dalam Islam,” katanya.

Gogopreneur adalah sebuah program keusahawanan anjuran aplikasi Gogopasar yang boleh meningkatkan kemahiran komuniti dalam bidang e-dagang dan pemasaran digital.

Pelantikan Rabbani dibuat pada majlis pelancaran rasmi Melaka Go Digital – Digital Economic Collaboration, di Ayer Keroh, Melaka, baru-baru ini.

Sementara itu, Azadan menyifatkan kerjasama yang terjalin antara Rabbani dan Gogopasar adalah untuk kebaikan banyak pihak.

“Ini adalah satu usaha sama yang baik antara Rabbani dan juga Gogopasar yang merupakan sebuah organisasi pasar raya off line dan online.

“Menerusi Gogopasar ia memberi kelebihan kepada rakyat Malaysia membeli belah barangan keperluan asas melalui online.

“Rabbani dilantik sebagai Gogopreneur. Kalau nak sokong Rabbani, boleh beli produk yang dikeluarkan oleh kami menerusi aplikasi ini. Jangan risau ia sangat memudahkan anda semua.

“Membeli menerusi Gogopasar ini, anda tak perlu keluar rumah. Biasanya kita perlu memandu untuk ke pasar, menerusi aplikasi Gogopasar anda boleh membelinya secara online.

“Mudah sahaja, download atau muat turun aplikasi Gogopasar, anda boleh membeli barang basah yang segar. Semua keperluan dapur ada di situ.

“Jangan risau kerana mereka membekalkan barangan yang segar . Jangan lupa juga dapatkan produk Garam Sasa menerusi aplikasi ini. Garam Sasa adalah penaja utama lagu baharu kami,” tambahnya lagi.

Gogopasar adalah sebuah platform e-dagang yang mengintegrasikan rantaian bekalan perniagaan tani inovatif.

Kini, Gogopasar menerokai pendigitalan di negeri Melaka dengan kerjasama Koperasi Perkhidmatan Pelajaran Nasional (KOPENAS) dengan menggunakan Platform Elektronik Transformasi Sekolah (STEP). – MalaysiaGazette

Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Keusahawanan, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh merasmikan majlis pelancaran rasmi Melaka Go Digital – Digital Economic Collaboration, di Ayer Keroh, Melaka, baru-baru ini.