LONDON – Kumpulan syarikat konfeksi Itali, Ferrero telah menarik balik penjualan telur coklat Kinder Surprise di Britain, dua minggu sebelum sambutan Easter dipercayai ada kaitan dengan berpuluh-puluh kes salmonella yang dilaporkan.
Penarikan balik itu menjejaskan jualan telur Kinder Surprise, yang dipasarkan untuk kanak-kanak.
Kinder Suryang mengandungi koleksi mainan kecil yang diletakkan di dalam cengkerang coklat.
“Kami secara sukarela menarik balik Kinder Surprise sebagai langkah berjaga-jaga kerana kami menyedari kemungkinan ia ada kaitan dengan beberapa kes salmonella yang dilaporkan,” menurut notis penarikan balik itu.
Ferrero berkata, coklat yang terjejas itu dikilangkan di Belgium dan penarikan balik itu mungkin diperluaskan ke negara-negara lain.
Penarikan balik ini berlaku selepas produk konfeksi bergelut untuk mendapatkan ruang di rak pasar raya menjelang sambutan Easter, ketika kebanyakan warga Britain akan membeli dan makan telur coklat.
Agensi Piawaian Makanan (FSA) Britain menasihatkan pelanggan supaya tidak memakan produk terjejas, yang mengandungi tarikh ‘baik sebelum’ antara 11 Julai dan 7 Oktober.
Sekurang-kurangnya 63 kes penyakit yang dikaitkan dengan produk itu telah dikenal pasti, majoritinya dihidapi dalam kalangan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun, kata Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom.
“Kami tahu bahawa produk ini popular dalam kalangan kanak-kanak kecil, terutamanya apabila menjelang Easter, jadi kami menggesa ibu bapa dan penjaga kanak-kanak untuk memeriksa sama ada mana-mana produk yang sudah ada di rumah mereka terjejas oleh penarikan balik ini,” Tina Potter, Ketua Kejadian FSA. – Reuters (https://www.reuters.com/business/retail-consumer/ferrero-recalls-uk-kinder-surprise-chocolate-egg-over-salmonella-fear-2022-04-04/)