Pasangan beregu muda badminton negara, Wan Arif Wan Junaidi-Mohd Haikal Nazri terpaksa menarik diri daripada beraksi pada final Masters Orleans selepas salah seorang daripada mereka dijangkiti Covid-19. Foto: FB Fit Terengganu

KUALA LUMPUR – Pasangan beregu muda badminton negara, Wan Arif Wan Junaidi-Mohd Haikal Nazri terpaksa menarik diri daripada beraksi pada final Masters Orleans yang sepatutnya berlangsung malam kelmarin.

Ia disebabkan Muhammad Haikal didapati positif Covid-19, lapor Utusan Online.

Harapan beregu muda lelaki negara itu, untuk merangkul kejuaraan sulung mereka di Masters Orleans di Perancis berkecai selepas mendapat tahu mengenai perkara tersebut beberapa jam sebelum masuk gelanggang.

Beregu negara itu terpaksa memberikan kemenangan percuma kepada pasangan Belanda, Ruben Jille-Ties Van Der Lecq yang merupakan pencabar mereka.

Pasangan yang menduduki ranking ke-103 dunia itu sebelum ini menang ke atas gandingan Perancis, Eloi Adam-Julien Maio dalam perlawanan straight set, 21-18, 21-16.

Haikal menjelaskan dia juga tidak menyangka dijangkiti virus tersebut dan hanya mendapat maklumat mengenai perkara itu oleh jurulatih, pada malam selepas tamat perlawanan separuh akhir di bilik hotelnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast