Hironobu Yoshimura

PETALING JAYA – Honda Malaysia Sdn. Bhd hari ini mengumumkan pelantikan Hironobu Yoshimura sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu untuk syarikat tersebut.

Honda Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, Hironobu dilantik sebagai menggantikan bekas penyandangnya Madoka Chujo dan telah memulakan tugasnya di Malaysia pada 1 April lalu.

Hironobu tampil dengan pengalamannya selama 34 tahun berkhidmat bersama Honda dalam sektor Perancangan Korporat, Perancangan Perniagaan, Pemasaran dan Khidmat Selepas Jualan.

“Selepas memainkan peranan penting bersama Honda di beberapa negara termsuk Jepun, Thailand dan tugas terbaharunya yang disandang di Pakistan iaitu sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Atlas Cars (Pakistan) Limited sebelum ke Malaysia hari ini.

Mengulas mengenai tanggungjawab terbaharunya yang digalas bersama Honda di Malaysia Hironobu berkata, dirinya sangat teruja untuk menggalas tugas baharunya.

“Saya sangat teruja untuk mengambil tugas baharu ini di (Honda Malaysia) negara unik dan kepelbagaian ini. Malaysia merupakan pasaran penting di Asia dan rantau Oceania untuk kami di Honda, bekas penyandang saya membina jenama Honda menjadi sukses sepertimana kita lihat sekarang.

“Sebagai peneraju dalam memperkenalkan teknologi canggih Honda di rantau ini, melancarkan model mempersonakan dan mendahului segmen kenderaan penumpang (Non-National Passenger Vehicle) untuk beberapa tahun akan datang,” katanya.

Paling penting, jelasnya, Honda Malaysia telah mengharungi pelbagai cabaran sejak beberapa tahun yang lalu.

“Kini menerusi tanggungjawab baharu yang dipegang ini, saya berharap untuk memimpin syarikat berkenaan pada waktu persekitaran perniagaan pasca pandemik ini dan mahu terus menyumbang ke arah pertumbuhan syarikat secara positif.

“Saya juga mahu berkongsi bahawa berdasarkan data kami, tiga model Honda iaitu City, All-New City Hatchback dan All-New Civic kesemuanya dikategorikan pada ranking nombor satu dalam segmen masing-masing untuk suku pertama tahun 2022. The models are City, All-New City Hatchback and All-New Civic.” tegasnya lagi.

Bekas penyandangnya Chujo, menyertai Honda Malaysia pada April 2021 dan sepanjang tempoh itu melakar beberapa kejayaan yang menjadi batu loncatan kepada prestasi syarikat terbabit.

Di bawah kepimpinan Chujo, Honda Malaysia berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai nombor satu dalam segmen Non-National Passenger Vehicle Segment untuk tahun kelapan berturut-turut sejak tahun 2014.

Dia juga berjaya melancarkan dua model baharunya iaitu All-New City Hatchback pada Disember 2021 dan All-New Civic January 2022.

Chujo is balik semula ke Jepun untuk memegang tugas baharunya dalam Honda Motor Co., Ltd. di Unit Penyeliaan Jualan Operasi Otomobil di Jepun.- MalaysiaGazette