Ketibaan penumpang pertama dari pesawat Etihad Airway EY0418 yang membawa 283 pelancong susulan pelaksanaan Fasa Peralihan Endemik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Foto MOHD ADZLAN, 01 APRIL 2022.

Syarikat penyelidikan itu turut menyemak semula unjuran trafik antarabangsa tahun 2022 kepada 40 peratus daripada 25 peratus pada asas prapandemik.

“Unjuran baharu kami adalah munasabah kerana pada Februari 2022, trafik domestik Malaysia sudah mencapai 69 peratus daripada asas 2019, dan kami menjangkakan syarikat penerbangan baharu, MYAirline akan memulakan operasi mulai Ogos,” kata penganalisis Raymond Yap dalam nota hari ini.

CGS-CIMB menjangkakan sempadan antarabangsa negara akan dibuka semula pada pertengahan 2022, sebaliknya kerajaan telah memutuskan untuk membuka semula mulai 1 April.

AirAsia dan Malaysia Aviation Group (MAG) dilaporkan berkata mereka menyasar untuk mendapatkan kembali, masing-masing  90 peratus dan 70 peratus kapasiti penumpang sebelum COVID-19 menjelang akhir 2022.

Oleh itu, CGS-CIMB percaya kapasiti sebahagian besarnya adalah bersifat antarabangsa, memandangkan kedua-dua syarikat penerbangan itu menumpukan pada pemulihan kapasiti domestik sejak enam  bulan lepas.

Yap berkata, pemulihan trafik domestik dan antarabangsa mungkin juga daripada Malindo Air dan AirAsia X (AAX), yang mana kedua-duanya telah mengurangkan penerbangan masing-masing dengan ketara semasa penularan pandemik.

“Malindo mungkin memindahkan kembali ke Malaysia beberapa daripada 24 Boeing 737 yang telah dipindahkan ke Indonesia dalam tempoh dua tahun lepas manakala AAX mungkin memulihkan beberapa perkhidmatan penumpang jarak sederhananya jika hasil kargo boleh terus membayar kos penerbangan memandangkan perolehan kargo yang tinggi pada masa ini,” katanya.

Bagi Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (ISG), beliau berkata unjuran trafik penumpang antarabangsa untuk 2022 kini lebih tinggi sebanyak 18 peratus hingga 100 peratus, berbanding 85 peratus asas pra-COVID.

“Kami telah pun mengambil kira bahawa penerbangan Rusia dan Ukraine dari ISG telah digantung; ini menyumbang sembilan hingga 10 peratus daripada trafik penumpang ISG pada 2019,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast