Jho low
Low Taek Jho

KUALA LUMPUR – Tan Sri Ismee Ismail memberitahu mahkamah yang Low Taek Jho atau Jho Low hadir ke mesyuarat pengurusan tertinggi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun tidak mempunyai sebarang jawatan dalam syarikat.

Saksi ke-13 prosiding penyewelengan dana 1MDB membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, Tan Sri Ismee Ismail memberitahu, kehadiran Jho Low dalam Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah (BOD) pada 26 September 2009.

Beliau bagaimanapun tidak dapat memastikan siapa yang memanggil ahli perniagaan itu hadir  ke mesyuarat berkenaan.

Ismee yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah (BOD) ketika itu berkata, Jho Low mungkin telah dijemput oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan bekas Pengarah Eksekutifnya, Casey Tang Keng Chee.

Namun kehadiran Jho Low itu tidak dipersoalkan oleh mana-mana pihak walaupun mesyuarat itu sulit dan hanya dihadiri pengurusan tertinggi 1MDB.

Kata Ismee, bagaimanapun Jho Low tidak bercakap dalam mesyuarat berkenaan yang juga membincangkan cadangan usahasama dengan PetroSaudi International Ltd (PSI).

Jho Low juga didakwa telah meninggalkan mesyuarat itu lebih awal tanpa menunggu ia selesai.

Selain itu, Ismee juga memberitahu, tandatangan Jho Low tidak ada dalam senarai kehadiran mesyuarat.

Tan Sri Ismee Ismail p

“Tapi saya tidak tahu jika ada pihak yang diberi kuasa untuk padam namanya (Jho Low),” ujarnya.

Hari ini juga, peguam mewakili Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah fokus dalam menyoal balas Ismee yang juga bekas Pengarah Bukan Eksekutif 1MDB tentang dakwaan bekas Pengerusi 1MDB, Tan Sri Mohd Bakke Salleh berhubung usaha sama dengan PSI.

Mohd Bakke pernah mendakwa Najib telah meminta BOD untuk tumpu sahaja kepada usahasama 1MDB dan PSI tanpa banyak menghabiskan masa melihat transaksi syarikat yang lepas-lepas.

Prosiding akan bersambung esok pagi di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan ketika ini sedang berdepan dengan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama. – MalaysiaGazette