Cristiano Ronaldo. Foto The Athletic.

LONDON – Penyerang sensasi, Cristiano Ronaldo diumumkan sebagai pemain terbaik Manchester untuk bulan Mac walaupun menyaksikan kelab itu semakin tercicir daripada saingan kelompok empat teratas.

Ronaldo dinobatkan sebagai pemain terbaik selepas meledak hatrik ketika menewaskan Tottenham Hotspur.

Sebelum ini, bekas rakan sepasukannya di United, Wayne Rooney berpendapat Ronaldo bukan lagi pemain lincah seperti ketika pertama kali mewakili United dan kelab tidak boleh terus bergantung kepadanya.