Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan membayangkan akan ada kesan terhadap memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dan pembangkang selepas penangguhan Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti.

“Apa guna MoU jika tidak sepakat utk perkara sepenting Anti Lompat Parti?

“Ke laut lah MOU itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahmad mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bahawa Kabinet tidak bersetuju dengan pembentangan RUU Anti Lompat Parti yang sepatutnya dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin depan.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung UMNO itu mempersoalkan parti mana yang tidak bersetuju dengan perbentangan RUU berkenaan.

UMNO, tambah beliau, sememangnya bersetuju dengan perbentangan RUU berkenaan seperti mana yang dipersetujui pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU2021) bulan lalu.

“Parti mana yg tak setuju? #UMNO #BN sokong anti lompat parti. Dlm #PAU2021 sebut kami sokong

“Bukankah pindaan Perlembagaan lagi kuat dibanding hanya Akta?” soal Ahmad.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang menangguhkan pembentangan RUU berkenaan.

Katanya, penangguhan RUU itu menunjukkan kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiada keseriusan dan ketegasan, malah kurang keazaman politik untuk menggubalnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. berani ke ZAHID dan umNO gegarkan ISMAIL SABRI dari umNO gagal GAGAL GAGAL mula dari covid SOSMA dan lompat parti ….cabar 15 ORANG YANG PERNAH tarik SOKONGAN buat pada ISMAIL SABRI

Comments are closed.