Pengasas kosmetik, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin terus mencipta sejarah apabila namanya tersenarai dalam kelompok 100 artis utama paling banyak memenangi anugerah sepanjang zaman yang sebaris selebriti antarabangsa.

Ia selepas akaun Twitter The Artist Museum itu meletakkan Siti, 43, di kedudukan ke-27 dengan jumlah 329 anugerah yang diterima sepanjang berkecimpung dalam industri seni.

Beliau berjaya menewaskan artis popular lain Michael Jackson, Beyonce, Celine Dion, Justin Bieber dan BTS.