Gambar hiasan

KUALA LUMPUR  – Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan kehadiran semua murid secara bersemuka tanpa penggiliran bagi sekolah rendah bermula hujung minggu depan.

Bagi negeri Kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu bermula pada 17 April.

Manakala bagi negeri kumpulan B iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya adalah mulai 18 April 2022.

“Keputusan ini adalah dengan mengambil kira kelancaran pengoperasian sekolah rendah secara bersemuka bermula pada 21 Mac 2022.

“Dan pengoperasian sekolah menengah secara bersemuka tanpa penggiliran bermula pada 4 April 2022 serta pandangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, ketetapan tersebut terpakai kepada semua murid sekolah swasta termasuk sekolah ekspatriat dan sekolah antarabangsa yang setara dengan sekolah rendah KPM.

KPM juga menyarankan agar ketetapan ini turut terpakai di semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM.-MalaysiaGazette