Sebanyak 12 kematian akibat jangkitan Covid-19 direkodkan semalam.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 12 kematian akibat jangkitan Covid-19 direkodkan semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat pandemik berkenaan adalah 35,292 kes.

Daripada bilangan terkini yang dicatatkan semalam, empat kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Sarawak pula mencatatkan kematian tertinggi iaitu lima kes diikuti dengan dua di Perak manakala, Johor, Kedah, Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur masing-masing satu kematian.

Sebagai rekod, sebanyak 21 kematian direkodkan pada Sabtu lalu.

Sementara itu, kes baharu Covid-19 dilihat turut berkurang semalam iaitu 8,112 kes menjadikan keseluruhan kini 4,325,818.

Dalam masa yang sama kes aktif turut berkurang 33.9 peratus.

Berdasarkan kes positif mengikut negeri, Selangor (4,299), Kuala Lumpur (708), Negeri Sembilan (490), Perak (465, Johor (404), Penang (355), Kedah (257), Melaka (225), Sarawak (224), Terengganu (211) dan Pahang (193).

Selain itu, Sabah (124), Kelantan (98)m Perlis (26) Labuan (22) dan Putrajaya (11). – MalaysiaGazette