Kerja-kerja membawa turun penumpang yang terperangkap di dalam kereta kabel dilakukan oleh tentera. foto Reuters

NEW DELHI – Pasukan penyelamat tentera India dengan helikopter menyelamat mangsa-mangsa terakhir daripada 50 orang yang terperangkap di udara sejak pelanggaran kereta kabel dua hari lalu.

Perlanggaran di laluan kabel yang membawa penganut Hindu untuk beribadah, telah mengorbankan dua orang mangsa ketika cuba menaiki helikopter penyelamat, kata seorang pegawai polis kepada Reuters.

Kebanyakan daripada hampir 50 mangsa yang berada dalam kereta yang tergantung itu telah diselamatkan pada hari Isnin.

Tetapi tiga lagi masih berada di dalam kereta kabel, kata Subhash Chandra Jat, Ketua Polis Deoghar.

Kejadian itu berlaku di wilayah berbukit terpencil.

Insiden berlaku apabila kereta kabel berkenaan bertembung apabila salah satunya tercabut daripada kabelnya.

Namun, kedua-dua kereta tidak jatuh ke tanah, cuma tidak bergerak.

Kereta kabel itu membawa penganut Hindu ke bukit yang dipanggil Trikut. – Reuters (https://www.reuters.com/article/india-accident-cablecar/cable-car-collision-kills-two-in-india-leaves-almost-50-trapped-mid-air-idUSL3N2WA0S7)

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast