Gelagat kanak-kanak yang menerima suntikan vaksin COVID-19 pada Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids) lima hingga 12 tahun ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Pemberian Vaksin IDCC Seksyen 15, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 03 MAC 2022.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kes baharu positif Covid-19 menyaksikan turun bawah 8,000 kes sepanjang tempoh dua hari berturut-turut sejak semalam, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes yang dilaporkan semalam turun kepada 7,739 kes berbanding 8,112 dua hari lalu.

Dr. Noor Hisham Abdullah

Manakala kes sembuh telah mengatasi kes baharu iaitu 19,049 kes yang direkodkan semalam menjadikan jumlah kumulatif sembuh kepada 4,163,777 kes.

Menurut beliau, KKM juga turut melaporkan sebanyak 427 kes Covid-19 telah dimasukkan ke hospital iaitu 187 kes bagi pesakit yang diletakkan kategori 3, 4, dan 5 serta 240 kes untuk kategori 1 dan 2.

Selain itu, KKM memaklumkan, status terkini kes Covid-19 semalam ialah kes import dilaporkan 23 kes iaitu 22 warganegara dan hanya satu kes bukan warganegara.

Namun, kes tempatan ialah 7,716 kes iaitu 7,414 warganegara dan 302 bukan warganegara.

Bagi kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 174 kes iaitu 75 kes disahkan Covid-19 dan kes memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 102 kes.

Dr. Noor Hisham berkata, daripada 7,739 kes harian yang dilaporkan itu sebanyak 4,354 kes adalah kategori 1, 3,318 kes kategori 2, 34 kes kategori 3, 14 kes kategori 4 dan 19 kes kategori 5. – MalaysiaGazette