Fahmi Reza memuatnaik satira terbaharunya potret seekor beruk yang memakai tengkolok dan darjah kebesaran dengan memakai pakaian bangsawan berwarna kuning.

KUALA LUMPUR – Aktivis dan pereka grafik kontroversi, Fahmi Reza memuatnaik satira terbaharunya potret seekor beruk yang memakai tengkolok dan darjah kebesaran dengan memakai pakaian bangsawan berwarna kuning.

Tanpa menamakan satira di Twitternya hari ini namun ia sudah tentu mengundang kaitan dengan lukisan ‘suasana Dewan Rakyat’ yang tular semalam.

Setakat pukul 11 malam, gambar Twitter itu menerima 621 ciapan dan 69 komen.

Semalam tular di media sosial berkenaan sebuah potret yang menggambarkan suasana di dalam Dewan Rakyat sehingga perhatian Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Karya tersebut memaparkan lukisan haiwan iaitu pelbagai jenis beruk dan juga katak memenuhi tempat duduk Ahli-ahli Parlimen.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Selangor Royal Office, Sultan Selangor menzahirkan rasa berkenan baginda untuk membeli karya lukisan itu dan menggantungnya di bilik kerja peribadi baginda. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.