KUALA LUMPUR – Seorang murid tahun empat disahkan mengalami kecederaan pada tisu lembut akibat dipukul di bahagian belakang badan oleh gurunya.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Zaiham Mohd Kahar berkata, polis menerima laporan daripada bapa mangsa pada Isnin lalu, jam 9.59 malam.

Murid berkenaan bersekolah di daerah Bentong.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Bentong untuk rawatan dan doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan tisu lembut akibat dipukul di bahagian belakang badan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali. – MalaysiaGazette