Wan Mohd dan pasukan polis membuat tinjauan di Bazar Ramadan Stadium Darul Makmur, Kuantan sambil mengedarkan risalah pencegahan jenayah.

KUANTAN – Polis terus memantau aktiviti pencegahan jenayah dan mendidik masyarakat supaya berwaspada dengan aktiviti berkenaan setiap masa.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kempen pencegahan jenayah dilaksanakan lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan.

Tambah beliau, tugas polis memastikan keselamatan orang awam di samping menyedarkan tanggungjawab menjaga keselamatan diri dan keluarga bermula pada diri sendiri.

Pihaknya juga sentiasa melakukan pemantauan dari semasa ke semasa terutama tempat lokasi tumpuan umum.

“Tinjauan di Kuantan di Bazar Ramadan  Stadium Darul Makmur hari ini kami berpuas hati dengan tindakan pihak penganjur. Para peniaga dan pengunjung di bazar mematuhi garis manduan ditetapkan bagi mengekang penularan Covid-19.

“Begitu juga para peniaga turut berpuas hati dengan pihak penganjur yang memastikan suasana di Bazar Ramadan berjalan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengedarkan risalah pencegahan jenayah dan borang balik kampung kepada para peniaga dan pengunjung juga diadakan di Bazar Ramadan di sini hari ini.

“Pada bulan puasa ini, polis juga menjaga kesalamatan di jalanan memandangkan orang ramai sudah membuat persiapan, walaupun sesak tetapi aliran trafik masih terkawal.

“Begitu juga keselamatan di lapangan, risalah dan kempen pencegahan ini sebagai kempen pencegahan jenayah.

Justeru Wan Mohd Zahari berharap orang ramai yang merancang pulang ke kampung halaman agar menghantar borang balik kampung di balai polis berhampiran sebelum balik bercuti. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast