Wakil NGO, Engku Ahmad Fadzil Engku Ali bercakap pada media selepas menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mendesak Timbalan Menteri Agama, Ahmad Marzuk Shaary digantikan oleh tokoh yang lebih berwibawa.

Tegasnya, tindak tanduk yang membelakangkan kuasa raja-raja Melayu sebagai ketua agama Islam selain menunjukkan sikap biadap dan tidak matang memberi kesan tidak baik kepada kedaulatan undang-undang.