Covid-19 death ICU Malaysia
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 16 kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam termasuk empat berlaku di luar hospital.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, jumlah kumulatif kes kematian akibat koronavirus itu kini sebanyak 35,437.

Menurutnya, Selangor merekodkan kematian tertinggi dengab lima kes dan Johor tiga.

Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu masing-masing dua kes dan Perak dan Sarawak masing-masing satu.

Malaysia merekodkan sebanyak 96,601 kes aktif.

Daripada jumlah itu, 2,308 kes dilaporkan dirawat di hospital termasuk 110 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Sebanyak 68 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negara ini kini mencecah angka 4,396,165. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast