Seorang lelaki memegang bendera Uyghur semasa hadir pada penyerahan memorandum kemanusiaan kepada Kedutaan Besar China berkaitan isu Uyghur bersama Sekretariat Solidariti Bersama Uyghur di perkarangan Kedutaan Besar China, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 24 DISEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Putrajaya digesa untuk melihat isu penindasan etnik minoriti Uyghur di Xinjiang dengan menggunakan pendekatan yang lebih jelas.

Pengasas institut pemikir Bait Al-Amanah, Dr Abdul Razak Ahmad berkata, sebagai sebuah negara Islam, Malaysia perlu berbuat demikian kerana sudah terdapat bukti kukuh mengenai penggunaan kekerasan dan layanan tidak berperikemanusiaan ke atas etnik itu oleh kerajaan China.

Bukti-bukti itu jelas dimainkan oleh media-media antarabangsa khususnya media Barat.

“Ada beberapa perkara yang Malaysia boleh lakukan. Pertama, perlu mendesak kerajaan untuk mempunyai pandangan yang lebih jelas dalam perkara ini.

“Ini kerana, kita tidak begitu konsisten dalam menyuarakan perkara ini walaupun secara jelas kita tidak melakukan perkara yang memudaratkan masyarakat Uyghur di tanah air kita, seperti menghantar mereka pulang,” jelasnya dalam satu temubual bersama Astro Awani hari ini.

Malah katanya lagi, sudah tiba masanya untuk Malaysia mempunyai wakil khas dalam menyuarakan isu Islamofobia agar ia dapat diselesaikan segera.

Dalam pada itu, Malaysia perlu mengutuk tindakan China dengan penindasan terhadap masyarakat Uyghur biarpun lebih menumpukan kepada isu Palestin dan Syria.

“Pengaruh Malaysia sangat besar, tidak ada satu pun tidak mengagumi Malaysia.

“Satu perkara yang kita boleh lakukan adalah dengan mendesak kerajaan mempunyai pendirian yang lebih jelas mengenai perkara itu. Saya rasa tiada bantuan kemanusian yang kita boleh berikan kepada etnik itu,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast