MGNews : TH Belanja RM150 Juta Untuk Bantuan Kewangan Haji

Lembaga Tabung Haji (TH) akan meneruskan Bantuan Kewangan Haji untuk tahun ini dengan memperkenalkan pendekatan secara bersasar dengan perbelanjaan RM150 juta.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, bantuan itu melibatkan bagi semua jemaah haji Muassasah TH yang menunaikan ibadat berkenaan pertama kali dan merangkumi dua kumpulan iaitu jemaah daripada kategori B40 dan selain B40.