Gambar fail
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 12 kes kematian akibat jangkitan Covid-19 direkodkan negara semalam.

Jumlah itu termasuk dua kes berlaku di luar hospital, sekali gus menjadikan kumulatif kematian menjadi 35,482.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, Johor dan Melaka masing-masing dengan tiga kes kematian, diikuti Pulau Pinang dan Selangor dua kes.

Masing-masing satu kes di Sarawak dan Sabah.

Sehingga lewat malam tadi, Malaysia merekodkan 85,403 kes aktif termasuk 1,657 dirawat di hospital.

Daripada jumlah itu 91 kes di unit rawatan rapi dengan 61 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Semalam, Malaysia merekodkan 6,342 kes jangkitan baharu menjadikan kes keseluruhan sebanyak 4,384,519. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast