Secretary-General of DAP, Lim Guan Eng. chopsticks Chinese Malaysian Mahathir Mohamad
Lim Guan Eng.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mempersoal tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membuka kertas siasatan terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali namun gagal mengambil tindakan terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Beliau mengaitkan perkara itu ekoran Azam sebelum ini pernah terpalit dengan isu kepentingan serta pemilikan saham dengan beberapa syarikat.

“Mengapa SPRM gagal membuka serta-merta kertas siasatan ke atas Azam Baki kerana melanggar undang-undang dalam pembelian berjuta-juta saham bernilai jutaan ringgit?

“Persoalan dibangkit berikutan pengesahan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki bahawa SPRM telah membuka kertas siasatan terhadap hakim Mahkamah Rayuan Mohd Nazlan Mohd Ghazali,” soal beliau menerusi hantaran di Facebook miliknya hari ini.

Dalam pada itu, Guan Eng turut mempersoalkan ketiadaan siasatan jenayah terhadap dakwaan Raja Petra Kamaruddin yang secara konsisten terbukti palsu dan tidak berasas.

Katanya, walaupun Raja Petra “bersembunyi” di London, beliau harus diminta kembali untuk membolehkan dirinya disiasat secara menyeluruh berhubung tuduhannya terhadap Nazlan yang didakwa mempunyai kekayaan yang tidak dapat dijelaskan.

Tambahnya, jika Raja Petra enggan kembali dan sekiranya terdapat alasan yang mencukupi untuk pertuduhan jenayah difailkan maka, penulis blog Malaysia Today itu perlu diekstradisi. – MalaysiaGazette

 

1 Komen

  1. No one above the law including the judges…corrupted judge must be sent to jail, indeed.

Comments are closed.