Gambar Hiasan. Foto MUHD NA'IM, 25 APRIL 2022.

KLANG – Dijangkakan  sebanyak lebih kurang 14 juta kenderaan yang bakal berada di jalan raya sepanjang perayaan Aidilfitri ini.

Pengarah Kanan Penguatkuasaan JPJ, Datuk Lokman Jamaan, pihaknya telah mengenal pasti kawasan-kawasan jalan raya yang dikategorikan panas (hotspot) di seluruh negara untuk anggota dan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan pemantauan.

“Jadi boleh bayanglah kesesakannya nanti. Kita telah mengenal pasti hotspot-hotspot yang kita akan letakkan anggota-anggota kita di seluruh negara kerana kita telah buat kajian sebelum ini, kawasan-kawasan kemalangan jalan raya, melibatkan kesesakan,” katanya ketika sidang media selepas melakukan pemeriksaan depoh bas di Persiaran Klang Sentral 2 hari ini.

Jelas Lokman, JPJ bukan hanya memfokuskan kepada kereta dan pengangkutan awam sebaliknya Ops Hari Raya Aidilfitri (Ops HRA) 2022 turut menumpukan kepada penunggang motosikal yang berisiko tinggi menyumbang kepada kemalangan maut.

“Dari segi statistik kita jangkakan kemalangan jalan raya melibatkan kepada penunggang motosikal yang mana 60 peratus kemalangan maut penunggang-penunggang motosikal seperti rekod tahun-tahun sebelum ini.

“Jadi operasi (Ops Hari Raya Aidilfitri) kita bukan setakat bas sahaja kita juga mensasarkan kenderaan-kenderaan persendirian,” katanya lagi.

Untuk rekod Ops HRA 2022 akan bermula pada 29 April hingga 8 Mei.-MalaysiaGazette