MGNews: Pemakaian Pelitup Muka Tidak Diwajibkan Di Luar Bangunan – KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia memutuskan pemakaian pelitup muka di luar bangunan tidak lagi diwajibkan.

Menterinya Khairy Jamaluddin berkata, pemakaian pelitup muka di luar bangunan dan kawasan terbuka adalah atas pilihan tetapi amat digalakkan kerana pelitup muka mampu mengurangkan penularan jangkitan.