Bukit Bintang shooting drug case murder
Kuala Lumpur Police Chief, Datuk Azmi Abu Kassim at a news conference. at the Kuala Lumpur Police Contingent Headquarters. PIX: MOHD ADZLAN / MalaysiaGazette / 27 APRIL 2022.

KUALA LUMPUR – Polis sudah membuka kertas siasatan membabitkan ‘PASleak’ yang memperincikan  perancangan politik melibatkan dua pemimpin Pas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, buat masa ini pihaknya masih belum menerima sumber aduan daripada pengadu berkenaan.

“Kita akan menyiasat aduan dari pengadu itu untuk kita mengenal pasti jika ada kesalahan jenayah atau kesalahan lain,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini pada Rabu.

Tambah beliau, pihaknya perlu mengklasifikasi jika ada kesalahan itu.

“Sudah tentu ada individu yang akan dipanggil untuk membantu siasatan antaranya pengadu berkenaan, kemudian terpulang kepada hasil siasatan untuk memanggil individu lain,” ujarnya.

Pada Khamis lalu, peguam yang mewakili Presiden UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi telah membuat laporan polis berhubung dokumen ‘PASleak’ yang mengandungi dakwaan campur tangan dalam proses kehakiman seperti yang tular di media sosial.

Sebelum ini, terdapat empat keping tangkap layar mengenai percaturan politik Pas antaranya menyentuh campur tangan dalam urusan mahkamah, tular di media sosial.

Dokumen itu diklasifikasikan sebagai sulit dan dipercayai merupakan minit mesyuarat Pas yang diwakili oleh Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Ia turut melibatkan beberapa pemimpin kanan dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia  Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast