KUALA LUMPUR – Perniagaan Putu Piring Warisan Nenek yang dijalankan orang kelainan upaya (OKU) memberi tuah kepada pengusahanya, Yusairi Hafiz Tajudin, 31, apabila terpilih memenangi tempat pertama Liga Usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) Selangor (SAY LEAD) anjuran pertubuhan bukan kerajaan, Selangor Youth Community (SAY).
Tempat kedua pula menjadi milik Faizul Ahmad Zuki, 39, yang menjalankan perniagaan manakala usahawan peralatan rumah, Nooraihan Che Ali, 41, memenangi tempat hadiah.
Linges Warry a/p Apparao, 23, yang juga usahawan kosmetik mendapat anugerah usahawan OKU harapan.
SAY dalam satu kenyataan berkata, pemilihan pemenang dilakukan oleh juri yang diketuai oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Program yang dilancarkan pada September tahun lalu membabitkan 20 peserta yang mengikuti kursus seperti keusahawanan, pengurusan kewangan, jenama, jualan dan pemasaran, digitalisasi perniagaan.
Seramai 10 usahawan OKU layak membuat pembentangan di hadapan juri.
Pemenang untuk liga ini telah menerima piala dan sijil serta layak ke peringkat seterusnya selain mendapat bimbingan selama satu tahun untuk membantu kumpulan pemenang ini mengembangkan perniagaan masing-masing melalui akses pasaran baharu, digitalisasi serta pasaran eksport.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tengku Amir Shah.
Menurut SAY, perniagaan Yusairi yang memiliki seramai enam pembantu itu juga telah berkembang ke sebuah medan selera di Petaling Jaya.
Dia yang merupakan OKU fizikal (urat saraf tangan dan kaki kanan) berniaga di Medan Selera Pasar Moden MPSJ di Subang Jaya dengan hanya bermodalkan RM3,000 itu dipilih melalui satu program anjuran Selangor Youth Community (SAY).
Yusairi kini berjaya menjana pendapatan RM30,000 sebulan
“Beliau bercadang untuk memiliki sebuah kafe sendiri di seluruh negeri dan menjadikan putu piring sebagai hidangan utama di semua cawangan berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Liga Usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) Selangor (SAY LEAD) bertujuan untuk mempromosi perniagaan golongan belia.
Program ini ditaja kerajaan negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan Negeri Selangor. – MalaysiaGazette
Perkara ini akan dibincangkan sama ada untuk minggu itu sahaja, rakyat Johor perlu bekerja dan bersekolah enam hari atau dikecualikan sehari. Kita akan kaji cara terbaik minimumkan gangguan kepada pelajar, pekerja dan sebagainya.