Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diiringi Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (kanan) beramah mesra dengan sebahagian tetamu yang hadir pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Petani, Penternak dan Nelayan di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 27 APRIL 2022.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini berbuka puasa bersama warga petani, penternak dan nelayan di kediaman rasminya di Seri Perdana di sini.

Antara yang hadir ialah Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Turut hadir, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Datuk Zamri Yaakob.

Majlis yang dihadiri hampir 500 tetamu itu turut dihadiri anak yatim dan asnaf dari Pertubuhan Kebajikan Nur Ain di Bangi, Selangor.

Perdana Menteri turut meluangkan masa beramah mesra serta bergambar bersama mereka.

Ismail Sabri kemudian menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast