Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Bagi menghargai golongan pekerja – kerajaan bersetuju memberi ‘hadiah’ sempena sambutan Hari Pekerja 2022.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ‘hadiah’ itu termasuk kerajaan akan menanggung 80 peratus jumlah caruman individu bekerja sendiri menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Justeru beliau menetapkan sasaran sekurang-kurangnya sejuta ahli Keluarga Malaysia mendapat manfaat itu.

Ismail Sabri juga berkata, melalui program itu, kerajaan akan menanggung sebanyak 80 peratus daripada jumlah yang perlu dicarum oleh individu terbabit.

“Kerajaan menyediakan geran tahunan RM10 juta pada 2019 dan RM30 juta sejak 2020 bagi inisiatif ini yang akan memberi kelegaan kepada pekerja yang mempunyai anak kecil,” katanya katanya dalam ucapan khas sempena Hari Pekerja 2022 yang disiarkan secara langsung di TV1 hari ini.

Selain itu, melalui Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia atau MyEzyCover.com yang diperkenalkan mulai hari ini, penjawat awam akan ditawarkan pakej pembiayaan secara ansuran sehingga 10 bulan tanpa sebarang caj faedah dan skim akan diperluaskan kepada sektor swasta. – MalaysiaGazette