Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bermesra dengan Abdul Wahid di di Masjid Sultan Ahmad Shah Al-Mustain Billah, Temerloh hari ini.

TEMERLOH – Setelah dua tahun tidak beraya, kegembiraan pada pagi Syawal tahun ini lebih bermakna bagi seorang insan istimewa apabila dapat beraya bersama Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini di masjid.

Bagi adik Abdul Wahid Mohd Syukri, 26,Aidilfitri kali ini terpahat dalam memorinya apabila dapat menatap wajah Pemangku Raja Pahang secara bersemuka di Masjid Sultan Ahmad Shah Al-Mustain Billah, Temerloh.

“Selama ni tengok dalam telefon dan television sahaja, kali ini dapat tengok depan-depan. Kali pertama dapat beraya dengan raja.

“Sudah lama kan tak dapat raya kena PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dua tahun,” ujarnya teruja.

Lebih girang apabila Abdul Wahid apabila menerima kurniaan duit raya daripada baginda sendiri bersama kanak-kanak lain sejurus selesai Solat Sunat Aidilfitri.

Baginda menyantuni Abdul Wahid dengan berbual mesra dan bertanyakan khabar serta sempat bergurau senda dengannya.

Baginda bersahaja menanyakan tahun kelahiran Abdul Wahid adakah mereka sebaya jika jika dilahirkan pada tahun 1995 dengan senyuman.

Beliau kemudian berseloroh menjawab pertanyaan baginda dan mengatakan bahawa beliau dilahirkan pada tahun 1996.

Abdul Wahid berkerusi roda ke masjid sejak pukul 7.30 pagi tadi ditemani oleh ayah, Syukri Ali.

Lelaki berasal dari Kampung Paya Keladan ini lumpuh sejak dari kecil mengagumi sifat kepimpinan diraja itu dan menganggapnya raja berjiwa rakyat. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast