Foto: FB Neelofa

KUALA LUMPUR – Pasangan selebriti popular Neelofa dan Haris Ismail masih menyembunyikan wajah anaknya walaupun mempertontonkan bayi mereka di media sosial bagi foto Hari Raya Aidilfitri.

Wajah bayi berusia hampir empat bulan itu yang lengkap bersongkok dan berbaju Melayu itu diletakkan sticker dalam foto yang dikongsi malam tadi.

“Selamat Hari Raya jutjut #rayaterkejut,” kata Neelofa.

Tindakan pasangan itu yang masih menyembunyikan wajah Muhammad Bilal mendatangkan perasaan ‘geram’ netizen yang merayu agar Neelofa dan Haris memperlihatkan muka anak mereka.

“Aduh rasa nak cabut sticker ya.. Selamat hari raya Bilal,” kata Nurliyana Adliina Chee di Facebook Neelofa.

“Sian bilal tu muka comel-comel maknya cover stiker pulak. Selamat hari raya,” kata Azee Azmi.

“Assalamualaikum. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Lofa sekeluarga. Segak bergaya Bilal dengan ayahnya. Bila boleh tengok muka Bilal. Tak sabar pulak,” kemen Zainora Azian Azian.

“Selamat Hari Raya Neelofa dan family. Ntah bila boleh tengok muka si comey Bilal tu,” tanya Qamariah Hidayah.

Napelah ditutup muka anak yang handsome tu . Subhanaallah,” kata Ummi Izzatie Hassan.

Walaupun tidak kelihatan sepenuhnya, ada yang mengandaikan wajah bayi pasangan itu comel.

“Haaaa nampak pipi pau Muhammad Bilal. Selamat Hari Raya Bilal,” kata Emylia Ariffin.

“Selamat hari raya Bilal. Tutup muka pun comey!” komen Khairul Anuar Mustaffa.

Lawo nya anak dia. Gebu tangan,” kata Mitchie Myra.

“Masya-Allah comelnya Bilal, pandangan di balik mata,” komen Nor Zurita.

Neelofa dan Haris dinikahkan dalam sebuah majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada 27 Mac 2021.

Pasangan popular itu dikurniakan cahaya mata sulung pada 31 Januari lalu.

Namun sehingga kini mereka masih belum berkongsi wajah putera sulung mereka.

Sebelum ini media melaporkan, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor berkata, dia tidak memperlihatkan wajah anaknya kerana mengikuti nasihat yang diberikan supaya berjaga-jaga dengan penyakit ain.

Isteri kepada Pencetus Ummah itu memohon ruang dan masa  sehingga anaknya itu sudah besar dan kuat.-MalaysiaGazette